Raya Isnin atau Selasa?

Seluruh negara menantikan pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebentar lagi jam 8 malam.

Menjelang pengumuman ini, orang ramai mengambil peluang membuat persiapan pada saat-saat akhir.

Sudah menjadi tradisi, Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Jalan TAR menjadi lokasi tumpuan beli-belah pada musim perayaan ini.

Hari ini juga, 1 Mei, hari pertama, pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka tidak lagi diwajibkan.

Wartawan Umavathi Ramayah sudah bersedia di Jalan TAR.